Thursday, November 5, 2009

HUKUM MEMAKAI WANGIAN BERALKOHOL MENGIKUT PANDANGAN ULAMA'

Lately we had been confused with some statements which sounds "alcohol free boleh bawak sembahyang". Don't be confused anymore cos this problem actually had been reveal a long time ago by our Ulama'. So for all Muslims pls check below:

Wangian / Kosmetik beralkohol merupakan masalah baru yang tidak ada pada zaman Rasulullah S.A.W, maka dalam mengambil hukum para ulama dalam menggunakan ijtihad penjelasan dari :
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Lembaga Fatwa Al-Azhar
Majlis Muzakarah Panji Masyarakat
Fatwa Syeikh Sya'rawi rh
Hukum menggunakan parfum / kosmetik adalah boleh, tidak haram dan tidak najis.

Kenyataan Dari Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengenai hukum alkohol.

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

Menurut kitab "AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah" dalam bab "An najasat juzu 1, alkohol yang dimasukkan kedalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah boleh.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai senyawa ( OH ). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah :

Methyl alkohol ( Methanol ) atau alkohol ( Kayu ).
Ethily alkohol ( Ethanol ) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol ( Methanol ) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethily alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat. ( Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta tahun 1983, hal 427)

MEMAKAI MINYAK WANGI BERALKOHOL.
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majlis terangkan. Bimbingan peribadi pun telah menghuraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan.


KESIMPULAN:
Berdasarkan penjelasan berikut, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi bukanlah najis dan tidak perlu disucikan untuk mengerjakan sembahyang.

No comments:

Post a Comment